Bisnes Online | Mula Menjana Duit Secara Online Hari Ini Juga (Part 1)

 

bisnes online

BISNES online, untuk penerangan mudahnya ialah suatu urusan jual beli di internet dengan menawarkan produk atau perhidmatan. Ramai ushawan telah beralih atau menambah medium pemasaran mereka melalui online kerana dasar permintaan dan desakkan pasaran. Anda pula bagaimana, pernah beli barang atau perhidmatan secara online? Atau anda memang sudah ada minat untuk menjadi ushawan internet dan merebut peluang ‘bisnes online‘ yang luas ini?

SAYA tidak akan bercerita panjang tentang kelebihan atau keburukan bisnes online, tapi saya akan tunjukkan jalan kepada anda macam-mana untuk buat duit dari rumah dengan bisnes online.

Jom Buat Bisnes Online

Jom Buat Bisnes Online…

1. Bisnes Online - JUALAN PRODUK FIZIKAL

PRODUK fizikal yang paling laris sepanjang tahun 2012 adalah produk wanita. Ya, wanita ada kuasa membeli yang besar dan mereka paling gemar membeli online. Antara produk wanita yang laris adalah produk kecantikan, turun berat badan, kesihatan dan pakaian. Antara sebab menagapa bisnes ini boleh buat duit selain permintaan yang tinggi, ialah kerana peluang untuk mendapat pelanggan berulang. Selagi perhidmatan kepada pelanggan anda sentiasa dijaga, mereka akan terus tertumpu kepada anda disebabkan anda telah berjaya membina hubungan kepercayaan.

BEBERAPA produk yang telah saya nyatakan tadi semuanya laris dijual dengan hanya menggunakan facebook. Sepanjang tahun ini juga saya melihat pencapaian yang memberangsangkan  dari mereka yang kebanyakannya dari kenalan saya sendiri dan juga pelanggan saya. In syaa Allah tahun 2013 giliran saya pula untuk menjual produk fizikal secara online.

 

email respond  “Klik ikon disebelah, masukkan kod  topik = Produk Fizikal, mari kongsikan bisnes online anda bersama saya, kita boleh bertukar-tukar pendapat. Saya juga sedang merancang bisnes produk fizikal saya sendiri.”

2. Bisnes Online - JUALAN PRODUK DIGITAL

CONTOH produk ini adalah seperti software, script, ebook panduan, audio dan video tutorial. Produk digital dimiliki oleh pembeli dengan cara download atau dikirim melalui email. Ia lebih mudah untuk menguruskannya dan keuntungan adalah berlipat kali ganda dari produk fizikal.

OK mari kita lihat proses penjualan produk digital dan kita ambil ebook sebagai contoh. Anda sipakan 1 ebook panduan dalam masa 1 minggu kemudian anda mula promote melalui pelbagai medium di internet. 1 ebook anda jual murah dengan harga rm20, 10 orang membelinya anda sudah untung rm200 dan anda boleh menjualnya selama mana anda suka. Cuba kira keuntungan jika anda telah ada 5-10 produk digital? Anda boleh gandakan keuntungan jika produk digital anda berharga rm80 hingga ke rm100.

SAYA juga telah mengaut keuntungan sebanyak rm1000 lebih untuk 1 sahaja produk digital yang telah saya hasilkan. Keuntungan ini saya hanya kira dalam lingkungan 1 bulan ketika saya lakukan promosi produk tersebut. Contoh ebook panduan yang di maksudkan: “Landing Page Free

 “ email respond Kod topik = Produk Digital, anda ada produk digital sendiri, saya ada tawaran untuk anda, cerita sedikit tentang produk anda dan saya akan benarkan anda promosikan produk digital anda di blog saya PERCUMA mengikut terma dan syarat.”

3. Bisnes Online - PERHIDMATAN DAN KONSULTAN

ANDA adalah freelance sebagai penyedia perhidmatan dan konsultan di internet. Ini adalah cara ‘fast cash’ di internet dengan menjual kemahiran anda. Anda juga boleh menjana pendapatan dengan menjadikan ia sebagai bisnes online anda dan menawarkan apa juga perhidmatan yang dapat membantu pengguna internet. Anda perlu mempunyai portfolio yang bagus dan rekod yang meyakinkan untuk anda menjadi tumpuan pelanggan dan pada kemudiannya mereka pula yang pasti akan mencari anda.

SEBAGAI contoh, saya senaraikan beberapa perhidmatan yang saya telah saya tawarkan sebelum ini yang mampu memberi pendapatan lumayan kepada saya.

- Service bina app viral facebook fanpage.

- Service bina app contest dan voucher  facebook fanpage.

- Service naikkan like fanpage dengan app dan fb ads.

- Service manage facebook fanpage.

- Service personal coaching fanpage for business.

…..dan lain-lain lagi lah. Kemahiran yang saya tawarkan kepada pelanggan saya kebanyakannya berkaitan dengan social media marketing (facebook).

email respond

Kod topik = Service, kongsikan service yang anda tawarkan, mungkin saya memerlukan service anda…”

 

SEBENARNYA ada 2 lagi kaedah untuk anda memperolehi pendapatan dengan bisnes online ini dan yang paling menarik ia juga tidak memerlukan modal yang tinggi dan anda juga boleh mulakannya  dengan tanpa  sebarang modal.

[bersambung...]

FB Comments

comments

6 thoughts on “Bisnes Online | Mula Menjana Duit Secara Online Hari Ini Juga (Part 1)

    • Cari info sikit2 bro… bro dah ade blog yang best, blog berjaya menjana income dari blog bro, dah kira 1 bisnes online.

      Untuk saya kaitkan dengan post di atas, melalui blog bro, buatlah promo utk jual beberapa produk fizikal atau digital, bro juga boleh tawarkan service bro pada pengunjung blog bro.

      ….. dan banyak lagi cara buat duit dengan blog ni bro… :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge